Sesuatu yang mengujakan, sensasi dan akan membuat hidup anda semakin ‘kacau bilau’ sedang menanti pencinta muzik!
Ya, anda, para peminat kugiran Hujan, Masdo, Bunkface dan Insomniacks ucapkan
selamat kembali kepada pemuzik-pemuzik handalan tanah air ini dalam siri Showcase
Jiwa Kacau 2024.
Setelah berjaya mengumpulkan hampir 8,000 peminat pada Showcase Jiwa Kacau
2023, MND Sport & Event Sdn Bhd tidak mahu keterujaan peminat ‘mati’ begitu sahaja.
Kali ini Jiwa Kacau berkolaborasi bersama Kopi Saigon sebagai penaja utama.
Justeru dengan berbesar hati selaku penganjur MND Sport & Event Sdn Bhd membawa
kembali barisan kugiran sama iaitu Hujan, Masdo, Bunkface dan Insomniacks yang
telah mencetuskan fenomena dalam Showcase Jiwa Kacau 2023 pada Showcase Jiwa
Kacau 2024.
Dijadual berlangsung pada 22 Jun 2024 di Stadium Hoki Bukit Jalil, Showcase Jiwa
Kacau 2024 dihangatkan dan bakal meninggalkan momen tersendiri apabila turut
disertai oleh sebuah kugiran dari Indonesia iaitu Nidji selain penampilan khas daripada
solois tempatan, Luqman Podolski.
“Sesuai dengan penganjuran kali kedua, Showcase Jiwa Kacau 2024 akan
memperlihatkan pertambahan dua lagi pemuzik yang akan menghangatkan malam
pesta ini.
“Ini bermaksud akan ada enam penampilan penuh energatik yang akan menghiburkan
pengunjung pada malam Showcase Jiwa Kacau 2024 di Stadium Hoki Bukit Jalil pada 22
Jun 2024.
“Kami dengan bangga mengumumkan kehadiran Nidji untuk menjadi satu-satunya
kugiran terkenal Indonesia yang akan membuat Showcase Jiwa Kacau 2024 lebih ‘kacau
bilau’.
“Dan untuk pertama kali juga di Showcase Jiwa Kacau 2024 kami menampilkan solois
iaitu Luqman Podolski sebagai penampilan khas.
“Harapan kami Showcase Jiwa Kacau 2024 bukan hanya menjadi tempat bersuka ria
atau pesta semata-mata tetapi penganjuran ini bakal menjadi medan berkembang,
semarak sekali gus melestarikan muzik tempatan terutama buat generasi kini dan akan
datang,” ujar Daniel Harith dari MND Sport & Event Sdn Bhd.
Mewakili rakan seperjuangan yang terlibat dalam Showcase Jiwa Kacau 2024, Masdo
menyifatkan penganjuran kali kedua acara muzik ini didorong banyak oleh sambutan
dan apresiasi peminat terhadap pemuzik tanah air.
“Tanpa sokongan dan kehadiran peminat yang di luar jangka pada penganjuran
Showcase Jiwa Kacau 2023, kami fikir tidak mungkin ada Showcase Jiwa Kacau 2024.
“Jadi sebenarnya kami patut mengucapkan terima kasih buat peminat yang berkumpul
dan meraikan perbezaan muzik yang ditonjolkan oleh setiap kugiran,” ujar Masdo.
Showcase Jiwa Kacau 2024 dijadual berlangsung selama tiga jam setengah dengan
pembelian tiket boleh dilakukan menerusi www.klticketing.com.
Jangan sampai terlepas tawaran harga tiket yang menarik untuk menyaksikan enam
persembahan yang bakal membuat jiwa anda kacau teruk!
Dapatkan Tiket-tiket berharga RM148 (ROCKZONE), RM98 (GENERAL ADMISSION),
RM228 (VIP 1 & 2), RM188 (CAT 1), RM138 (CAT 2), RM68 (BLUE ZONE), RM358 (MEET &
GREET) segera.